Cinta Pada Dunia Tidak Kekal Selamanya

Kita semua pasti pernah jatuh cinta. Perasaan yang tidak dapat dielak oleh semua manusia. Hal ini demikian kerana perasaan cinta itu hadir tanpa di duga.

Fitrah bagi manusia merasai perasaan ini. Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan. Seperti diceritakan dalam Al-Quran surah An Nisaa tentang makhluk yang tercipta berpasang-pasangan.

Akan tetapi kita perlu ingat kadang-kadang perasaan cinta juga mampu membawa kita ke jalan kem4ksi4tan sekiranya kita terpesong dari jalan yang sebenar.

Akhir-akhir ini kita sering dihidangkan tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin hangat menjadi bualan ramai.

Bahkan hari demi hari isu ini sentiasa bermain dalam negara kita. Di mana silapnya?

Adakah undang-undang negara kita terlalu longgar sehingga manusia tidak peduli lagi akan hukuman yang dikenakan?

Bagaimana dengan hukuman Allah yang telah menjanjikan az4b yang pedih kepada golongan-golongan yang ingkar akan perintahnya?

Remaja pada zaman ini semakin di luar kawalan. Sentiasa mengikut kehendak n4fsu yang sering dahagakan d0sa.

Jika tidak dibendung dari sekarang, maka rosaklah akhlak remaja di negara kita. Bertambah pula dengan adanya laman sosial yang tumbuh bak cendawan seperti aplikas-aplikasi yang menyeru anak-anak muda melakukan video-video yang tidak sepatutnya.

Disebabkan rasa cinta akan dunia, mereka tidak lagi berasa m4lu dengan perbuatan mereka. Masing-masing mahu mengikut trend negara Barat yang melakukan perbuatan yang mem4lukan diri sendiri. Seperti dalam hadis di bawah,

“Rasululah bersabda: “Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang bi4wak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?” Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Jika kita rujuk pula dari Al-Quran surah Al-Baqarah 120 menceritakan

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Jadi mengapa perasaan cinta itu hanya pada dunia? Hanya pada manusia yang tidak kekal selamanya?

Kita sebagai manusia perlu muhasabah diri kita dengan sentiasa berfikir mengapa kita diciptakan di dunia ini. Cinta pada manusia kadang-kadang membawa kita terpesong dari landasan Islam dengan melakukan zin4 tanpa ikatan perkahwinan.

Kita rasa seronok melakukan d0sa sehingga lupa akan seks4an az4b di sana kelak.

Jadi kita sesama umat Islam perlu saling nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya masing-masing akan tersedar dari mimpi.

Sedarlah bahawa kita sekarang berada di dunia akhir zaman. Sudah sampai saat yang kritikal jika kita masih leka tanpa segera bertaubat kepada Allah.

Cinta tidak salah kerana perasaan manusia yang hadir dalam diri kita tapi biarlah berpada-pada.

Lebih elok sekiranya perasaan cinta dan kasih itu lebih kepada pencipta kita dan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

InsyaAllah mudah-mudahan kita akan terselamat dari cinta akan dunia yang menjadi tempat persinggahan sementara buat kita sebelum menuju akh1rat yang kekal selamanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cinta Pada Dunia Tidak Kekal Selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*