Bert4rung Knser, Caption Ringkas FaceApp Elyana Undang Sebak Netizen

Sekarang ni kita semua tengah kemaruk main FaceApp kan? Aplikasi yang ubah muka kita untuk jadi tua tu, kalau buka Instagram masing-masing upload gambar ni sampaikan artis-artis pun terjebak sama.

Tapi dalam banyak-banyak gambar yang admin scroll, tersentuh hati tengok kata-kata daripada Elyana.

Semoga Allah panjang kan umur saya, agar saya dapat merasa tua..”

Umumnya, kita tahu yang Elyana sekarang ni sedang bertarung k4nser Lymphoma tahap 4. Masa dia muat naik gambarnya versi tua di Instagram, pelatun lagu Niat ini bagi satu gambaran yang seolah-olah anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Malah Elyana mengahrap sangat yang dia panjang umur untuk merasai hari tua, dan melihat cucunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masa ni saya nak pergi rumah Cinta. Nak main dengan cucu… Semoga Allah panjang kan umur saya, agar saya dapat merasa tua.. Amin Ya Rabbalalamin. #agechallenge

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Ramai yang sebak bila baca kata-katanya ini, masing-masing memberi sokongan moral untuk dia terus kuat melawan k4nser dan niatnya di makbulkan.

Sebak pula baca – Netizen

Allahuakbar, memang sebak, mudah-mudahan Elyana dipanjangkan umur untuk menikmati hari tua dan dapat menimang cucu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Lobakmerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bert4rung Knser, Caption Ringkas FaceApp Elyana Undang Sebak Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*