Beginilah Keadaan Terkini Anita Sarawak Yang Sudah Lama Menyepi

Anita Sarawak (lahir 23 Mac 1952) atau Ithnaini binte Mohd Taib merupakan seorang penyanyi kelahiran Singapura, yang pernah menerima anugerah dari “Asian Entertainment Establishment” kerana perkhidmatannya kepada industri hiburan. Selain daripada banyak anugerah piring emas yang diterimanya, Anita pernah juga dipilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain M.Nasir, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris

Dilahirkan oleh seorang penerbit filem dan pelakon terkenal dan ibunda yang merupakan seniwati filem Melayu yang masyhur iaitu Allahyarham S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Siput Sarawak. Ibubapanya berpisah apabila Anita berusia sembilan bulan. Dia merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Roomai Noor dan Siput Sarawak, mempunyai 15 adik beradik angkat, termasuk pelakon dan bekas model terkemuka Noor Kumalasari.

Pelakon Noorkumalasari akhirnya berasa lega kerana kakaknya, Anita Sarawak telahpun menghubungi keluarga mereka baru-baru ini.

Anita memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sewaktu dia berumur lima belas tahun di Singapura. Ibundanya selalu mengiringinya. Akhirnya, Anita ditemui oleh EMI Records dan mencapai satu tempoh yang amat berjaya, mencatatkan satu kejayaan demi satu kejayaan dengan nyanyian solonya. Dia telah banyak kali menerima anugerah piring emas.

Setelah mencapai kemasyhuran di Asia, pada 1985 Anita meninggalkan Singapura untuk menuju ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termasyhur di dunia. Tanpa dirancang, kerjayanya di sana berlangsung selama hampir 20 tahun, satu rekod di Las Vegas.

Popularitinya disebabkan oleh usahanya dalam sentiasa mengubah gaya persembahan. Selain daripada mengimbangkan persembahan lagu-lagu klasik dan lagu-lagu sezaman, Anita juga terpaksa untuk sering menukar pemain-pemain muzik dalam pancaragamnya, American Dream, sesuatu tindakan yang amat dikesalinya. Bagaimanapun, Anita dibantu oleh pengarah muzik, Nate Wingfield, yang mempunyai reputasi yang dapat menarik pemain-pemain terbaik dalam dunia muzik.

Menurut Noor, Anita kini berada dalam keadaan baik dan sedang mengembara ke beberapa negara bersama suaminya.

noorkumalasari dedah keadaan terkini anita sarawak 2

Kak Nita (Anita Sarawak) ada hubungi kakak saya dan memberitahu dia sihat bersama suaminya iaitu abang Mahadir. Dia kini banyak travel dari sebuah negara ke sebuah negara kerana mengikut suaminya yang bekerja. Saya harap dengan perkhabaran terbaru ini, orang tidak akan bertanya lagi di mana Anita Sarawak.

ANITA Sarawak (kiri) ketika menggayakan barang kemas tajaan Habib pada 2010, sambil diperhatikan suaminya, Mahathir Abdullah. Gambar kecil Noorkumalasari. – Foto arkib NSTP/Surianie Mohd Hanif

Sumber: Astro Gempak

Bagaimanapun Noor akui jauh di sudut hatinya, dia ingin adiknya itu menghubungi dirinya terus. Noor gusar sekiranya Anita pernah berkecil hati kerana Anita tidak lagi berhubung dengannya kebelakangan ini.

Saya amat merinduinya, sebelum ini walaupun dia jauh dia selalu menghubungi saya dan berkongsi ceritanya. Tapi kini tiada lagi panggilan daripadanya. Jika saya berpeluang berjumpa dengannya, saya berharap dapat memeluk dia dan dapat melihat dia sihat di depan mata sudah cukup bersyukur buat saya. Saya harap dia kembalilah dan lupakan sengketa. Saya ingin sangat meminta maaf jika saya ada salah silap yang telah melukakan hatinya.

 

Kredit foto: merdeka-online.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Astro Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Beginilah Keadaan Terkini Anita Sarawak Yang Sudah Lama Menyepi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*