“Ayda Hanya Teman Biasa…” – Nabil Mahir

Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, 31, menyifatkan hubungannya dengan Ayda Jebat tidak lebih daripada kawan biasa.

Mengakui terkejut dengan g0sip mengatakan mereka pasangan kekasih, Nabil menjelaskan, persahabatannya dengan penyanyi Temberang itu terjalin sebelum Ayda dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon, Redza Rosli lagi.

“Jujurnya, apabila timbul cerita mengatakan kami bercinta, saya memang terkejut. Bukan saya sahaja, keluarga dan rakan terdekat juga terkejut dengan berita berkenaan. Mereka turut meminta kepastian, apakah cerita itu benar ataupun sekadar gosip?

“Mungkin berikutan masing-masing masih single, ia menyebabkan ramai mengaitkan saya dan Ayda bercinta. Kami memang berkawan, namun tiada langsung kaitannya dengan soal sedang dalam fasa mengenali hati budi atau sebagainya,” katanya 

Ditanya adakah Ayda kawan perempuan paling rapat, yang menjadi tempatnya berkongsi cerita atau mengadu masalah, dengan pantas Nabil menepis tanggapan berkenaan.

“Bagi saya, Ayda sama seperti kawan perempuan yang lain. Berkawan tidak semestinya kena selalu lepak bersama atau perlu mengadu masalah. Asalkan mempunyai persefahaman dan minat sama, ia sudah memadai untuk menjadikan kami sahabat,” katanya ketika ditemui pada majlis anugerah anjuran sebuah majalah, di sini.

Dakwaan konon Nabil dan Ayda bercinta mula timbul apabila kedua-duanya saling berbalas mesej di laman sosial. Malah, pemuda terbabit pernah meninggalkan komen berbunyi ‘I Love You’ di laman Instagram Ayda, selain berpakaian sedondon pada sebuah acara.

Sementara itu, Ayda, 27, yang turut berada di majlis sama, enggan mengulas perkara berkenaan, selain keberatan ketika diajak untuk merakamkan foto bersama Nabil.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 Sumber : BHonline

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Ayda Hanya Teman Biasa…” – Nabil Mahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*