Amalkan 10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas, Semoga Segala Hajat Kita Dipermudahkan Oleh ALLAH SWT

Surah Al-Ikhlas adalah termasuk dalam kumpulan surah ‘Al-Mu’awwidzaat’ yang dianjurkan membacanya. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seolah-olah dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an”  (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Waktu-Waktu Berkat Membaca Al-Ikhlas

Umat Islam dianjurkan membaca Surah Al-Ikhlas pada 10 waktu berikut:

1. Wirid Selepas Solat Dalam wirid selepas solat, dianjurkan membaca sekali atau tiga kali setiap surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Dari ‘Uqbah bin’ Amir, ia berkata;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai r.a. dan Abu Daud r.a.)

‘Mu’awwidzaat’ adalah dimaksudkan kepada 3 surah pendek iaitu surah Al Ikhlas, Al-Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9 / 62)

2. Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh)
Surah Al-Ikhlas dianjurkan dibaca bersama surah Al-Kafirun ketika mengerjakan Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh). Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama selepas membaca Al-Fatihah, manakala surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu’ anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ

“Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat Qobliyah Subuh adalah ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafirun’ (surah Al Kafirun).”  (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Mas’ud).

3. Waktu Pagi Dan Petang.Bagi memperolehi keselamatan dari segala sesuatu / kebu rukan, kita disarankan membaca surah Al-Ikhlas bersama-sama dengan ‘Maw’idzatain’ (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) pada waktu pagi dan petang, setiap satunya sebanyak tiga kali.

Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata;

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »

“Pada malam hujan lagi gel4p gelita kami keluar mencari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda SAW bersabda; “Apakah kamu telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda SAW bersabda; “Katakanlah”. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda SAW bersabda; “Katakanlah”. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda SAW bersabda; “Katakanlah”. Hingga aku berkata; “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda; “Katakanlah (bacalah surah) ‘Qul Huwallahu Ahad’ dan ‘Qul a’udzu Birabbinnaas’ dan ‘Qul a’udzu Birabbil Falaq’ ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala kebu rukan.”   (HR. Abu Daud dan An Nasai r.a.)

4. Solat Maghrib Malam Jumaat.Dibaca pada malam Jumaat ketika mengerjakan Solat Maghrib (Solat Wajib). Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama selepas membaca Al-Fatihah, manakala surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan;

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي صَلاَةِ المَغْرِبِ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ : ( قَلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ ) وَ ( قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ )

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika Solat Maghrib pada malam Jumaat membaca ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafirun’ dan ‘Qul’ Huwallahu Ahad ‘.”  (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

5. Solat Sunat Ba’diyah Maghrib
Dibaca ketika mengerjakan Solat Sunat Ba’diyah Maghrib. Ketika itu, surah Al-Ikhlas dibaca bersama surat Al-Kafirun. Surah Al-Kafirun dibaca pada rakaat pertama selepas membaca Al-Fatihah, manakala surah Al-Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan;

مَا أُحْصِى مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْرَأُ فِى الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَفِى الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

“Aku tidak dapat mengira kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surah pada solat dua rakaat Ba’diyah Maghrib dan pada solat dua rakaat Qobliyah Subuh iaitu ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafirun’ (surah Al-Kafirun) dan ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas).”  (HR. Tirmidzi r.a.)

6. Sebelum Tidur.Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas dengan terlebih dahulu menadahkan kedua telapak tangan dan dibacakan tiga surat ini. Kemudian ditiup kedua-dua telapak tangan tersebut lalu diusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dicapai bermula dari kepala, muka dan tubuh bahagian depan. Perlakuan ini diulang sebanyak tiga kali.

Dari Aisyah radhiyallahu’ anha, beliau berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda menadahkan kedua telapak tangannya dan dibacakan ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlaas), ‘Qul A’udzu Birobbil Falaq’ (surah al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birobbin Naas’ (surah An Naas). Kemudian Baginda meniup kedua-dua telapak tangan tersebut lalu mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dicapai bermula dari kepala, muka dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari r.a.)

7. Solat Witir Tiga Rakaat.Dibaca ketika mengerjakan Solat Witir tiga rakaat. Dalam solat ini, surah Al-A’laa dibaca pada rakaat pertama, surah Al-Kafirun pada rakaat kedua dan surah Al-Ikhlas pada rakaat ketiga.

Daripada Abdul Aziz bin Juraij, beliau berkata; “Aku bertanyakan kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, surah apa yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (setelah membaca Al-Fatihah) ketika Solat Witir?”

Aisyah radhiyallahu’ anha menjawab;

كَانَ يُوتِرُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ يَقْرَأُ فِى الأُولَى بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَفِى الثَّانِيَةِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَفِى الثَّالِثَةِ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ.

“Ketika Solat Witir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama:‘Sabbihisma Robbikal A’la’ (Surah Al-A’laa), pada raka’at kedua: ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafiruun’ (surah Al-Kafirun) dan pada raka’at ketiga: ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Mu’awwidzatain’ (surah Al-Falaq dan An-Naas).” (HR. An Nasai, Tirmidzi, Ahmad r.a.)

Dalam riwayat yang lain disebutkan tanpa membaca surah al Mu’awwidzatain.

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُوتِرُ بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)

Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya melaksanakan Solat Witir dengan membaca ‘Sabbihisma Robbikal A’la’ (Surah Al-A’laa), ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafiruun’ (surah Al-Kafirun), dan ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas).” (HR. Abu Daud r.a. dan An Nasai r.a.)

8. Solat Sunat Selepas Tawaf.Dibaca ketika solat dua rak’at di belakang Makam Ibrahim selepas ibadah Tawaf. Dalam hadis Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu’ anhu yang amat panjang disebutkan;

فجعل المقام بينه وبين البيت [ فصلى ركعتين : هق حم ] فكان يقرأ في الركعتين : ( قل هو الله أحد ) و ( قل يا أيها الكافرون ) ( وفي رواية : ( قل يا أيها الكافرون ) و ( قل هو الله أحد )

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan makam Ibrahim antara dirinya dan Kaabah, lalu beliau laksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, Baginda membaca ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafiruun’ (surah Al-Kafirun).”

Dalam riwayat yang lain dikatakan; “Baginda membaca ‘Qul Yaa Ayyuhal Kafiruun’ (surah Al-Kafirun) dan ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)

9. Meruqyah
Membaca surah Al-Ikhlas bersama beberapa ayat al-Quran, doa dan wirid untuk penyembuhan peny4kit. Bukhari dalam bukunya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’ dicatatkan beberapa hadis tentang cara perubatan Islam;

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari Aisyah radhiyallahu’ anha, dia berkata;  “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Baginda SAW akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) dan ‘Mu’awidzatain’ (Surah An-Naas dan Al-Falaq), kemudian Baginda SAW mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika Rasulullah SAW s4kit, Baginda SAW menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda SAW hendak tidur).”  (HR. Bukhari r.a.)

10. Sebelum Memasuki Rumah
Berilah salam kepada penghuni rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam juga kerana malaikat rumah akan menyambutnya. Sebelum masuk rumah, bacalah ‘Ta’awuz’ dan ‘Basmalah’  (‘Au zubillah himinash sy4itan nirrajim..  Bismilla hir rahman nirrahim’) kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan masuklah rumah dengan kaki kanan sambil berselawat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Sesiapa membaca ‘Qul Huwallahu Ahad’ (surah Al-Ikhlas) ketika memasuki rumahnya, maka bacaan itu mengusir kef4kiran atau kemis kinan dari penghuni rumah tersebut dan jirannya.” (HR. At-Thabrani r.a.)

Maka apabila meruqyah, kita dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas dengan cara menadah kedua telapak tangan lalu dibacakan tiga surah tersebut kemudian kedua-duanya ditiup. Setelah itu, kedua-dua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dicapai bermula dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti ini diulang sebanyak tiga kali.

Semoga kita semua boleh memanfaatkan surah Al-Ikhlas ini dan mendapat keberkatan dengan mengamalkannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Myinfomaya

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Amalkan 10 Waktu Afdal Membaca Al-Ikhlas, Semoga Segala Hajat Kita Dipermudahkan Oleh ALLAH SWT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*