“Untuk Arw4h Papa Terima Kasih Kerana Membesarkan Isteriku” – Ini Ucapan Menyentuh Hati Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin berkongsi luahan buat ayahnya, Mohd Amin  dan ayah mertuanya, Sharifuddin Adnan sempena hari bapa yang disambut semalam (16 Jun).

Menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia membalas jasa ayahnya yang telah banyak berk0rban dalam membesarkan dirinya.

“Happy Father’s Day to my Ayah Mohd Amin bin Musa and also to my late Papa Sharifuddin bin Adnan. 

“Terima kasih kerana tidak pernah jemu melayan karenah anakmu dari kecil hingga besar, sebagai anak sulung ini lah masa untuk ku berusaha membalas jasa baik orang tua ku yang berperah keringat membesar kan kami 5 beradik walaupun ku tahu kepayahan kesusahan mu sentiasa kau sorok kan demi melihat anak2 mu gembira. 

“Untuk arw4h Papa terima kasih kerana membesarkan isteriku @missfazura walaupun kita tak berkesempatan bertemu di dunia moga Syurga nanti tempat menemukan kita inshaAllah. 

“Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. Al-Fatihah,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy Father’s Day to my Ayah Mohd Amin bin Musa and also to my late Papa Sharifuddin bin Adnan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu melayan karenah anakmu dari kecil hingga besar, sebagai anak sulung ini lah masa untuk ku berusaha membalas jasa baik orang tua ku yang berperah keringat membesar kan kami 5 beradik walaupun ku tahu kepayahan kesusahan mu sentiasa kau sorok kan demi melihat anak2 mu gembira. Untuk arwah Papa Terima kasih kerana membesarkan isteriku @missfazura walaupun kita tak berkesempatan bertemu di dunia moga syurga nanti tempat menemukan kita inshaAllah. Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada. Al-Fatihah 💙

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata tersentuh dengan ucapan yang dilakukan oleh Fattah dan mendoakan agar dia juga bakal bergelar seoarang ayah suatu hari nanti.

“@miriahasbie: Your Ayah is so blessed to have you @fattahaminz ..Anugerah titipan Allah.”

“@normah_wawa90: Tersentuh dengan kata-kata seorang anak kepada seorang ayah dan ayah mertuanya, semoga mereka bertemu syurga, In Shaa Allah.”

“@ahteng210: Alhamdulillah, semoga Ayah Amin & sume Family Fattah & Fazura sentiasa sihat sejahtera dan dalam kebaikan Allah SWT. Aamiin.”

Fattah dan isterinya, Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Untuk Arw4h Papa Terima Kasih Kerana Membesarkan Isteriku” – Ini Ucapan Menyentuh Hati Fattah Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*