Fakta-Fakta Menarik Mengenai Al-Quran

1) Nuzul (penurunan) al-quran berlaku dalam dua peringkat, nuzul yang pertama berlaku sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bailtul ‘Izzah di langit dunia. Manakala nuzul yang kedua pula berlaku secara beransur-ansur dari Baitul ‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w melalui malaikat Jibrail.

2) Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan tetapi terdapat beberapa pendapat tentang bila tarikh penurunannya. Antara pendapat ulama adalah diantara 17, 21 dan 24 ramadhan di Gua Hira’.

3) Terdapat juga perbezaan pendapat tentang ayat pertama yang diturunkan namun pendapat yang paling masyhur adalah surah al-Alaq ayat 1-5.

4) Al-Quran diwahyukan kepada rasulullah secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun dalam dua fasa.

5) Fasa pertama adalah ketika rasulullah berada di Mekah sebelum hijrah. Ayat ini dipanggil ayat Makkiyah. Secara umumnya ayat Makkiyah ini ayat pendek-pendek berkisar tentang aqidah. Ayat Makiyyah diturunkan sebanyak 86 surah selama lebih kurang 13 tahun.

6) Fasa kedua adalah ketika baginda berada di Madinah selepas hijrah. Ayat ini dipanggil Madaniyyah. Secara umumnya ayat Madaniyah ini ayatnya panjang dan berkisar tentang hu kum dan peraturan agama Islam. Ayat Madaniyah pula diturunkan sebanyak 28 surah selama lebih kurang 10 tahun.

7) Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz’ dan 114 surah. Manakala ayatnya pula ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Ada yang mengatakan, 6014, 6204, 6219, 6225, 6226 dan 6236 ayat. Ini berlaku kerana cara pengiraan ayat itu yang berbeza-beza.

8) Semasa hayat rasulullah, al-quran selain dihafaz, ianya juga ditulis di pelepah kurma, lempengan batu, kulit atau daun kayu, pelana dan potongan tulang-belulang haiwan.

9) Sewaktu kekhalifahan saidina Abu Bakar, selepas berlakunya beberapa peperangan yang menyebabkan ramai hafiz yang syahid, Umar ibn Khattab telah meminta supaya tulisan al-quran dikumpulkan. Zaid bin Tsabit telah diberi tanggungjawab dalam pengumpulan al-Quran untuk dimushafkan.

10) Mushaf ini telah disimpan oleh Abu Bakar kemudian diwarisi kepada Umar al-Khattab dan akhir sekali kepada Hafsah binti Umar al-Khattab.

11) Sewaktu kekhalifahan Uthman ibn Affan pula, berlakunya kepelbagaian dalam cara pembacaan al-quran. Ini disebabkan oleh perbezaan dialek diantara suku-suku Arab. Dalam mengatasi permasalahan ini, Uthman telah menghasilkan satu mushaf yang standard untuk diguna pakai dan memansuhkan mushaf yang lain.

12) Tugas penyalinan mushaf baru ini telah diberikan kepada Zaid bin Tsabit, Abdullah bin az-Zubair, Said bin al-Ash dan Abdurrahman bin al-Harith. Mushaf baru ini telah disalin daripada mushaf yang disimpan oleh Hafsah binti Umar.

13) Mushaf ini disalin sebanyak tujuh salinan dan dihantar ke Mekkah, Syam, Yaman, Bahrain, Bashrah dan Kufah. Manakala satu lagi salinan disimpan di Madinah. Mushaf ini dikenali sebagai rasm (penulisan) Uthmani.

14) Rasm Uthmani sewaktu itu tidak mempunyai titik dan baris seperti mana mushaf yang terdapat pada hari ini.

15) Sewaktu kekhalifahan Abdul al-Malik (65 H) selari dengan perkembangan Islam , sebahagian pembesar khuatir akan berlakunya kepelbagaian dalam sebahagian pembacaan al-quran disebabkan oleh pencampuran diantara orang-orang Arab dan bukan Arab.

16) Ini telah mendorong Ubaidillah ibn Ziyad gabenor Basrah dan Al-Hajjaj ibn al-Tsaqafi gabenor Iraq untuk memperkasakan penulisan al-Quran dengan memberi tanda baris dan titik.

17) Namun ahli sejarah berbeza pendapat siapa yang pertama sekali dalam meletakkan tanda baris dan titik. Ianya diantara Yahya ibn Ya’mar, Nashr ibn ‘Ashim al-Laitisi dan termasyhur sekali Abu al-Aswad.

18) Usaha memperkasakan penulisan al-quran diteruskan berperingkat-peringkat sehinggalah pada akhir abad ke tiga hijriah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : thepatriots.asia

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Fakta-Fakta Menarik Mengenai Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*