“Aku Jaga Macam Bayi, Tapi Ini Takdir Ilahi”- Penyanyi Zarith Sofia Tampil Mohon Maaf

Penyanyi Zarith Sofia Yasin yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari, tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi Instagramnya yang dimuat naik sebentar tadi.

Menurut Zarith, tidak terdetik di hatinya untuk menyakiti haiwan berkenaan sebaliknya niat sebenar hanyalah untuk melindungi.

“Tapi ini takdir Ilahi, takpe bruno , kita pasti berjumpa lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, dia bukanlah seorang yang senang untuk bangun pagi, namun kerana beruang berkenaan, dia menjaganya seperti bayi.

“Aku bukan jenis bangun pagi, ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi.

“Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi. Saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini,” katanya.

Terdahulu Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam pihak Perhilitan membuat pemeriksaan di rumahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau tak nak kena unfollow jangan tanya bila nak kawin! 👊🏻👊🏻 Happy birthday Cik Pia !! 🧚🏻‍♂️🎂🥰😘 Tq tuk semua yang wish!! i love you guys!! . . #piaturn27 #luff #peace #respect #behumble #bekind #bestrong #keepcalm #smilemore #frankotalent

A post shared by Cik Pia (Zarith Sofia Yasin) (@oohhpiaa) on

Zarith kemudian disias4t kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemulih4raan Hidupan Li4r 2010 (Akta 716).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tidak terdetik di hati untuk menyakiti , niat di hati nak melindungi tapi ini takdir ilahi takpe bruno , kita pasti berjumpa lagi 🐻🐻 . . . . Aku bukan jenis bangun pagi Ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi skali lagi ini takdir ilahi semoga bruno di rahmati 🐻🐻 . . . Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi.. harap saya dapat memperbaiki diri Moga lebih berhati-hati . . . . ini juga takdir ilahi kerana saya insan sedar diri dan juga dengan rendah diri Saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini. . . . #prayforbruno #prayforloveandpeace #oohhpiaa #luff #peace #respect #behumble #bekind #begood #stayhumble #frankolandmanagement #mummybear #bruno #bearbruno #staylow #forgivemeplease

A post shared by Cik Pia (Zarith Sofia Yasin) (@oohhpiaa) on

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aku Jaga Macam Bayi, Tapi Ini Takdir Ilahi”- Penyanyi Zarith Sofia Tampil Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*