Tugas Siapa Sebenarnya Kemas Rumah, Tugas Suami Atau Isteri? Ini Jawapan Mufti Ini.

Nampak macam remeh tapi kalau tidak ditangani dengan baik, isu tugas mengemas rumah di antara suami isteri boleh mengundang pertelingkahan. Lagi-lagi jika kedua-dua pasangan bekerjaya dan tiada masa secukupnya untuk menguruskan rumah. Melihat kepada adat dan budaya masyarakat hari ini, segala urusan rumah dan keluarga diletakkan sepenuhnya dibahu si isteri. Sampai penampilan isteri tidak terurus dibuatnya kerana terlalu sibuk. Bila isteri culas… kesalahan dituding kepada hanya satu pihak sahaja. Macam mana ni?

Sebaik sahaja berkahwin dan bergelar suami isteri… dalam sedar atau tidak, pasangan sebenarnya sudah ‘bersetuju’ untuk berkongsi apa yang mereka ada bersama-sama. Susah, senang, suka, duka bahkan kasih sayang dari ibu bapa suami mahupun isteri pun dikongsi bersama. Jadi, bila bercerita soal tugas kerja rumah… kenapa hanya si isteri yang perlu menanggung seorang diri?

Merungkai persoalan ini dari perspektif Islam, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut terpanggil menjelaskan perkara sebenar. Memetik perkongsian beliau mengenai hal ini, “Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak adalah amat penting. Perkara yang perlu diwujudkan adalah bertanggungjawab, peng0rbanan dan melaksanakan kewajipan hak masing-masing.

Jumhur ulama menegaskan wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Sementara nasihat salafussoleh pula menjelaskan para isteri perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah.”

Secara ringkasnya, Dato’ Seri Dr Zulkifli menyimpulkan, “Memahami perlaksanaan tugas, bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dan bantu-membantu antara suami dan isteri boleh menatijahkan kebahagiaan.”

Memang tidak ada salahnya pun kalau suami rajin membantu isteri menguruskan rumah. Hati wanita ini lembut… lagi suami tunjukkan rasa prihatin dan sayang, lagi bersemangat  isteri hendak berbakti dan menggembirakan seluruh keluarga. Barulah betul-betul rasa nikmat berumah tangga.

Buat isteri, meskipun suami sudah mula tolak-ansur dan buat kerja-kerja rumah tanpa disuruh… janganlah pula ambil kesempatan. Ingat, rumah tangga yang bahagia adalah apabila pasangan saling menunjukkan rasa kasih dan ikhlas menyenangkan tugas masing-masing.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Nona

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tugas Siapa Sebenarnya Kemas Rumah, Tugas Suami Atau Isteri? Ini Jawapan Mufti Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*