Bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah enggan memberikan sebarang komen berkenaan status twitter Aliff yang menyatakan hasrat ingin kembali kepangkuan bekas isterinya.
Setelah 12 hari sah bercer4i, Aliff menulis di twitternya, “Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya.
Walaupun ramai yang menganggap status itu ditujukan kepada Bella, ada juga yang merasakan tidak mustahil jika Aliff memaksudkan jodohnya dengan kawan wanita yang lain berikutan reputasinya.
Bella walau bagaimanapun tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang idea untuk rujuk semula dengan Aliff demi menjaga hati ramai pihak. Isteri kepada penyanyi Sayang-Sayang itu sebaliknya menyatakan rasa bersyukur kepada ahli keluarga yang memberinya semangat dan kekuatan untuk move on serta membantunya mengharungi getar getir hidup sebagai ibu tunggal.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana mereka banyak membantu. Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari bekerja, saya okay sebab menganggap ia rezeki anak.” katanya ketika ditemu ramah akhbar.
Bella kini ingin fokus dalam memberi perancangan yang terbaik untuk anaknya, Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun hasil perkahwinannya dengan Aliff pada September 2016.
Status twitter Aliff mendapat banyak respond dari netizen yang turut mendoakan agar pasangan itu kembali bersama.
Tampil Dengan ‘Tweet’, Aliff Aziz Nyatakan Hasrat Ingin Rujuk Semula Dengan Bella
Beberapa minggu lalu artis kelahiran Singapura Aliff Aziz telah pun sah bercer4i talak satu dengan pasangannya Bella Astillah setelah dia kant0i cur4ng terhadap bekas isterinya itu.
Namun setelah lama tidak memuat naik post di twitter, semalam Aliff mengejutkan peminat dengan meluahkan hasrat ingin bersama semula dengan Bella.
Ya Allah satukanlah..
Rata-rata netizen dan followers yang meninggalkan komen mengaminkan doa Aliff serta memberikan dorongan agar Aliff menginsafi diri dan belajar dari kesilapan.
“Tak mampu jadi suami yang baik, cukuplah jadi ayah yang baik.”
Ramai yang merasakan sifat playboy Aliff itu perlu “dirawat” dahulu barulah boleh hidup berkeluarga.
Ada juga yang mengatakan tindakan Aliff itu kelihatan seperti dia gil4 tal4k.
Apa yang pasti, ramai peminat Aliff sendiri yang inginkan Bella Astillah bahagia dengan seorang yang bertanggungjawab dan boleh membuatkannya gembira. Rujuk atau tidak, marilah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Aliff Aziz
Sumber : HCL
Be the first to comment on "“Status Di Twitter Belum Tentu Untuk Saya”- Ini Komen Mengejut Bella Astillah Tentang Aliff"