“Respect Sultan Perak” – Foto Dua Kereta Mewah Sultan Perak Di Carwash Biasa Tular

Dua kereta milik Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan yang sedang dicuci di sebuah kedai cuci kereta biasa tular dan menjadi buah mulut netizen.

Kereta jenis Rolls Royce dan Maybach itu dilihat sedang dibersihkan di sebuah kedai mencuci kereta Syamiza Car Wash di Lenggong, Perak.

Dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @asrulmm menulis “DYM Sultan Perak pun hantar cuci Rolls Royce kat car wash biasa.”

Beberapa foto yang dikongsinya juga itu menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri yang dimiliki oleh Sultan Perak itu walaupun ramai menyatakan kereta itu pasti dihantar oleh pemandunya.

Tidak kurang juga yang merasakan bertuahnya menjadi pakcik yang diberi amanah mencuci dua kereta mewah itu.

@lcsmxms: Saya respek juga sultan negeri saya.

@SyazwaniBadrol: My sultan

@thinkermind_: Sultan perak is truly king

@amirul_syafiq07: Support peniaga kecil

@annyysahmad: Its not about money guys.. its about trust..

Untuk rekod, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diangkat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun, bermula 31 Januari 2019.

Berita gembira yang diterima rakyat Malaysia ini susulan perlantikan Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber foto: @asrulmm via Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Respect Sultan Perak” – Foto Dua Kereta Mewah Sultan Perak Di Carwash Biasa Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*