Patutlah Jadi H4ram Hukumnya Bila Perempuan Sambung Bulu Mata- Jawapan Mufti

Masih ramai yang gigih sambung bulu mata p4lsu sebab nak cantik tetapi kurang kesedaran apa hukumnya dalam Islam.

Katanya lagi best sebab tak payah susah-susah pakai mascara dan pelentik bulu mata dah, sambung je bulu mata. Terus nampak lebat dan cantik macam retis. Tapi macam mana pula dengan hukumnya?

Sambung Bulu Mata P4lsu

Semakin moden dunia, semakin canggih pula manusia menggunakan teknologi untuk cantikkan diri kan?

Tak di nafikan, sejak zaman dulu termasuk era Firaun orang perempuan suka berhias. Di zaman Rasulullah SAW masyarakat jahiliyyah juga berhias yang melampau-lampau (tabarruj).

Kecoh juga baru-baru ini tentang hukum eyelash extensions.

Ada seseorang tag saya berkenaan hukum memakai eyelash extensions.

Sejujurnya, ia agak rumit untuk dibicarakan. Pun begitu, setelah beberapa waktu menggali sumber, meneliti dalil dari buku dan kitab serta pandangan asatizah, saya cuba kongsikan kesimpulan hukumnya.

Perbincangannya panjang sikit. Tak mengapa, baca untuk tambah ilmu kan.

Baik, jom sambung baca pelan-pelan.

Apa itu eyelash extensions?

Maksudnya ialah menyambung, menghubungkan bulu mata.

Kaedah lash lift akan melentikkan bulu naik ke atas.

Mungkin sesuai untuk orang berbangsa arab timur tengah, parsi atau hindi sebab mereka memang sudah memiliki bulu mata asli cantik.

Sedangkan eyelash extensions ini kaedah menyambung satu persatu bulu mata menggunakan sejenis gam. Memang rumit. Nak sambung bulu mata terkadang ambil masa 1 hingga 2 jam bergantung kepada kerumitannya.

Hasilnya bulu mata akan lebih panjang, lebih tebal dan lebih lentik dengan menggunakan metode extension. Tak perlu pakai maskara dan eyeliner lagi sebab bulu yang disambung sudah cukup hitam dan panjang.

Fuh, nampak gempaklah. Duduk sebelah artis, orang ingat dia pun artis. Siap boleh buat video boomerang mata berkedip-kedip dekat IG lagi.

Tapi, nanti dulu! Baca hukumnya pula.

Apa hukum memakai eyelash extensions?

Har4m hukumnya. Ini hujjahnya:

1. H4ram menyambung bulu mata p4lsu sama ada menggunakan bulu manusia, haiwan atau selainnya.

Dalil:

Daripada Ibnu Umar r.a, “bahawa Rasulullah SAW melaknat orang yang menyambung rambut dengan rambut orang lain, juga orang yang meminta supaya rambutnya disambungkan dengan rambut orang lain…”

[Riwayat Ahmad Bin Hanbal & Sunan al-Darimi]

2. Har4m kerana ia juga termasuk dalam kategori penipuan yang keji. Tampak cantik seperti asli, tapi hakikatnya adalah p4lsu.

Dalil:

Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kita.”

[Abu Abdullah Muhammad Bin Yazid al-Qazwaini, Sunan Majah]

3. Har4m kerana menyebabkan terhalangnya air sampai ke serata tempat ketika berwudhuk.

Bulunya diperbuat dari nylon (bulu plastik) yang tak meresap. Ia juga menggunakan sejenis gam yang mengeras, dan ini punca utama air wudhuk tak sampai.

Selepas bulu mata itu dipasang, ia juga perlu dibiarkan kering dan tak boleh kena air berhari-hari.

Jadi disebabkan halangan ini, tidak sah wudhuk dan mandi hadas besar jika memakai eyelash extensions.

Dalil:

Terdapat hadis daripada Jabir r.a:

“Seorang lelaki mengambil wudhuk, lalu ia membiarkan di kakinya tempat sebesar kuku (tidak dibasahi air) dan dilihat oleh Nabi SAW. Maka baginda berkata kepadanya: “Kembali dan perelokkanlah wudhuk kamu”.

Maka ia pun kembali (ke tempat wudhuk untuk memperelokkan wudhuknya), kemudian ia mengerjakan solat” [Riwayat Imam Muslim]

4. Har4m kerana membawa kemudharatan kepada seseorang yang menggunakannya.

Ia berdasarkan prinsip-prinsip Fiqh Islam yang menyatakan:

دَرْءُ المَفَاسِدِ أوْلَى مِنْ جَلْبِ المَصَالِحِ

“Menghindarkan kerosakan lebih baik daripada membawa kebaikan.”

Mudharatnya sebab sukar untuk berwudhuk, mandi hadas besar, terkumpulnya kekotoran dan memudharatkan pada kulit. Ini disebabkan bahagian bulu mata harus dielak dari terkena air.

Kesimpulannya, har4m memakai bulu mata eyelash extensions. Titik.

Nak mata lawa? cukuplah sekadar bercelak menggunakan celak (itsmid).

Apapun, lebih baik bulu mata biasa-biasa… tetapi selalu terkena airmata taubat di kala malam gelita. Itu lebih mulia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mingguanwanita

 


Apa kata anda?

1 Comment on "Patutlah Jadi H4ram Hukumnya Bila Perempuan Sambung Bulu Mata- Jawapan Mufti"

  1. Ana Abdullah | May 20, 2019 at 9:31 pm | Reply

    Ayoh very scared alhamdulilah tak jadi nak buat . Terima kasih. Malu Kalau Nabi marah. Thankyou so much

Leave a Reply to Ana Abdullah Cancel reply

Your email address will not be published.


*