Jebat Dah Pandai Sebut ‘Baba’, Netizen Gembira Hubungan Sharnaaz Dan Isteri Kembali Pulih Menjelang Ramadan

Hubungan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor sebelum ini dikhabarkan berhadapan dengan masalah sejak Februari lalu kini semakin pulih.

Menerusi satu video tentang perkembangan anaknya Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’ menjadi perhatian netizen.

Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Sharnaaz sedang bermain dengan anaknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

First word anakku : Baba 😂 bila anak mommy nak sebut maaamiii pulak 😭 tak aci la macam ni … mommy love you anak ❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Video yang dimuat naik Nabila menarik perhatian netizen.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila hubungan pasangan itu kembali pulih seperti sedia kala menjelang Ramadan.

“Salam sis, dah harmoni kembali dengan abang Sharnaaz? Alhamdulillah, saya suka hubungan suami isteri sis dan suami. Saling melengkapi.

“Moga Jebat anak soleh menjadi sebab keutuhan kasih sayang dan kekuatan rumah tangga baba dan mommy. Saya doakan kalian bahagia hingga ke jannah. Kekal dalam ikatan suami isteri hingga akhir hayat.

“Tu suara Sharnaaz ke!!! Tolong jangan gadvh-gadvh dah. Muat naiklah gambar korang pula,” komen beberapa pengikut di laman sosial.

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jebat Dah Pandai Sebut ‘Baba’, Netizen Gembira Hubungan Sharnaaz Dan Isteri Kembali Pulih Menjelang Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*