Ini Pesanan Pengasas Dnars Skincare, Faziani Fasal Harta Yang Ditinggalkan Kepada Lapan Anak Termasuk Anak Tiri

“BARU-BARU ini, mama berpesan kepada semua lapan anak termasuk empat anak tiri serta adik beradik supaya tidak berg4duh dan jangan berebut harta dunia sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadapnya.”

Demikian kata anak tiri kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 39, yang meningg4l dunia dalam kem4langan di Pattani, Thailand.

Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal, 18, berkata, ibu tirinya yang dipanggil mama juga meluahkan rasa seolah-olah semakin dekat dengan arw4h bapanya dan membayangkan jika meningg4l dunia nanti.

“Sahur pagi tadi mama tidak bercakap banyak dan kelihatan agak letih kerana baharu pulang dari Jakarta, Indonesia petang semalam atas urusan perniagaannya.

“Pagi tadi pula mama terus ke Pattani bersama papa, Ahmad Shah Rizal, 42, kira-kira 7 pagi.

“Selalunya mereka dibawa oleh pemandu tapi hari ini papa sendiri yang ingin memandu,” katanya ketika ditemui di kediaman arw4h di Kampung Paloh, di Tumpat, hari ini.

Menurut Ainul Atiya, arw4h mamanya kerap ke Pattani untuk menyampaikan sumbangan zakat serta berjumpa dengan pihak pengurusan di sana bertanyakan sebarang keperluan yang diperlukan.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi (waktu tempatan), Toyota Estima dipandu Ahmad Shah Rizal merempvh lori.

Akibat rempvhan itu, mangsa tersepit di bahagian penumpang hadapan dan meningg4l dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya ceder4.

Ketika kejadian, m4ngsa dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

Difahamkan jenaz4h dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Kedemit, petang ini.

Seorang lagi anak arw4h, Irdina Hakim Jasman, 16, berkata, dia sempat bertemu ibunya ketika berbuka puasa beramai-ramai malam tadi di rumah neneknya di Wakaf Bharu.

“Malam tadi pula kami menikmati colek di sebuah kedai makan di sini kerana ramai ahli keluarga berkumpul dan arw4h mengajak makan beramai-ramai.

“Saya tidak bersahur pagi tadi dan tidak sempat berjumpa mama kerana mereka bertolak lebih awal dari biasa ke Pattani,” katanya.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Metro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ini Pesanan Pengasas Dnars Skincare, Faziani Fasal Harta Yang Ditinggalkan Kepada Lapan Anak Termasuk Anak Tiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*